Biasanya
apabila sakit kepala atau demam kita disarankan mengambil paracetamol atau
biasa dipanggil ‘panadol’. Paracetamol adalah ubat yang paling selamat untuk
digunakan. Namun begitu, ia tetap mempunyai kesan sampingan terutama apabila
diambil secara berpanjangan. Begitulah juga dengan ubat-ubatan lain jadi jangan
pandai2 ambil ubat tanpa arahan dari doktor.
Antara
kesan sampingan dari penggunaan paracetamol adalah kerosakan hati dan buah
pinggang. Pengambilan paracetamol yang berpanjangan boleh menyebabkan
Hepatotoxicity yakni toksin dalam hati yang menyebabkan kerosakan hati dan
Nefrotoxicity yakni kerosakan buah pinggang.
Paracetamol
tidak boleh diambil setiap hari secara berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan
keadaan-keadaan di atas.
Jadi,
apakah alternatif bagi mengatasi masalah demam dan sakit kepala?
Pertama sekali harus kita ingat, demam bukan satu penyakit. Sebaliknya
ia adalah petanda tubuh kita sedang bekerja untuk melawan kuman2 yang
menyerangnya. Kerana itu suhu badan menjadi tinggi bagi menyediakan
‘suasana’ yang membantutkan perkembangan kuman-kuman tersebut.
Namun
begitu, harus berjaga2 agar demam tidak terlalu tinggi hingga melebihi 38
darjah Celcius, ia mungkin satu petanda bahaya!
Untuk
mengatasi demam ringan dan sakit kepala tanpa ubat-ubatan, saya menyarankan
Performance Drinks dan Vita-C Plus sebagai satu jalan.
Performance
Drink, minuman hidrasi dari Shaklee merupakan minuman yang wajib ada di rumah
saya. Selain dari amalan bersukan suami, ia juga untuk menghadapi saat-saat
ketika demam dan tak sedap badan melanda. Terutama di kalangan anak-anak yang
aktif, Performance Drink adalah minuman yang harus diberi tatkala mereka
menunjukkan simptom demam.
Ia
berkonsepkan ‘rawat dengan air’ yang mana Performance Drink memelihara
kandungan bendalir badan agar tidak terhidrat dan mengelakkan simptom demam
menjadi lebih teruk.
Vitamin C
pula menurut Mayo Clinic, jika diambil dengan dos yang tinggi (2000mg) ia
membantu memendekkan jangkamasa demam. Penting bagi ibu dan juga bapa untuk
tidak mengalami demam dan tak sedap badan yang berpanjangan.
Jadikan 2
benda ini sebagai salah satu item dalam ‘First Aid Kit’ di rumah.
Pilihlah
yang lebih selamat dan bermanfaat untuk keluarga kita.
No comments:
Post a Comment