Sunday, 18 August 2013

Atasi Masalah Keletihan dan Tidak Bertenaga


Tugasan seharian memang memenatkan,saya rasa bukan saya saja,bahkan semua orangkan.
Jadi,perlukah kita biarkan rasa penat ini berterusan mengganggu rutin
Kehidupan kita?
Mesti tak nak kan…
Jom saya share sikit tips yang boleh diusahakan agar rasa penat menjadi kurang dan bertukar kepada sesuatu yang menggembirakan kita semua

Tips Atasi Masalah Keletihan dan Kurang Tenaga

-Pemakanan

1.Amalkan makan oatmeal

Ia mampu menjaga kesihatan pencernaan kita kerana kandungan serat yang
Tinggi dan ia membantu mengawal paras gula dalam darah,selain itu ia sangat bagus untuk jantung dan tiada kolestrol.ia juga mengandungi
Nutrient yang mempengaruhi tahap tenaga dalam badan

2.Yogurt

Ia sangat mudah diproses oleh tubuh oleh kerana teksturnya lembut dan mengandungi prebiotik iaitu bakteria baik yang memelihara usus supaya sentiasa sihat dan melindungi dari  bakteria berbahaya. Meningkatkan kadar asid amino pada otak iaitu satu neurotransmiter yang membantu rangsangan tidur yang tenang dan mengatasi keletihan.

3. Bayam

Mengandungi nutrien penting juga sangat bagus untuk membekalkan tenaga. Ia mengandungi sumber zat besi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium.Kekurangan zat besi dalam tubuh akan menyebabkan keletihan dan kekurangan darah, dan mungkin menyebabkan anemia.

4. Kekacang dan Bijian.

Kekacang dan bijian mengandungi sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Ia juga membantu melawan keletihan emosi, dan meringankan keletihan fizikal.

Mungkin ada juga yang gemar mengambil suplemen sebagai satu usaha untuk membantu mengatasi masalah sering letih ini.
Saya sendiri pun mengamalkan suplemen ini dan saya lihat kesannya sangat ketara, dimana saya tidak lagi letih seperti dahulu mudah mengantuk, lemah dan sering tidak bermaya.

Apakah suplemen dan vitamin yang membantu untuk meningkatkan tenaga?
5 Jenis vitamin ini saya akui sangat membantu untuk mengembalikan tenaga yang sering hilang akibat kesibukan tugasan seharian.

ESP - Mengandungi kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan tubuh. Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan imun, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

Vitalea - Mengandungi 12 vitamin dan 7  mineral penting untuk tubuh. Penambahan tenaga segera, kecergassan tubuh, kekuatan mental, membantu sistem memori agar lebih fokus dalam tugas seharian.

Vitamin B Complex - Mengandungi  8 komponen vitamin B yang penting. Ia menukarkan makanan kepada tenaga, membantu penghadaman, menukar lemak sekaligusmengurangkan masalah keletihan.

Alfalfa - Mengandungi nutrisi penting untuk tubuh. Melegakan keletihan.


Ostematrix - Gabungan kalsium dan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan berkesan. Meringankan stress, menguatkan tulang,memperbaiki masalah kekejangan.


Jika anda nak sentiasa cergas, ceria bekerja , marilah bersama amalkan vitamin sebagai suplemen yang membantu tubuh anda kekal sihat secara semulajadi dan selamat.

No comments:

Post a Comment