Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan
berlakunya lambakan makanan. Jadi, mendapatkan keperluan nutrien
sepatutnya tidak menjadi masalah besar. Namun, menjalani kehidupan seharian yang sibuk menyebabkan hal berkaitan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan
pemakanan terabai.
Mungkin
ada di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik di
celah kesibukan menguruskan kehidupan harian tetapi percayalah anda sebenarnya
masih gagal menjaga pemakanan dengan sempurna.
Kebanyakan
orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat
bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab
itu, anda perlulah berubah sikap! Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan
mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen
multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan
dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya
kurang dalam pemakanan anda.
Multivitamin
penting untuk tubuh
Perlu
diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut
berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan
pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak
mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan
keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya
dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
Secara
umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga
kesihatan jantung.
·
Meningkatkan tahap tenaga
·
Meningkatkan sistem imun tubuh
·
Menguatkan tulang
·
Kesihatan mata dan penglihatan
·
Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu
kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini
juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan
vitamin dan mineral.
Antara
indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
·
Wanita hamil dan menyusu anak
·
Pengamal diet
·
Perokok
·
Pengamal vegetarian
·
Peminum alkohol yang kerap
·
Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
·
Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
·
Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini
kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi
kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling
berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika
meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan
kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan
mineral dan vitamin.
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai
gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral
teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.
No comments:
Post a Comment