Saturday, 7 September 2013

AMAZING COLLAGEN !



Apa itu Kolagen dan mengapa kita memerlukan Kolagen tambahan untuk diri kita?

Secara fitrahnya, kita semua telah mempunyai Kolagen semulajadi yang dicipta Allah dalam tubuh kita sejak dari bayi. 

Namun demikian, setiap hari kita mengalami fenomena kehilangan kolagen ini dalam tubuh tanpa kita sedari.

Peningkatan usia kita merupakan salah satu faktor berlakunya kehilangan kolagen tersebut. Oleh hal yang demikian, bagi menampung kehilangan kolagen, kita dianjur supaya mengambil kolagen tambahan untuk memastikan tubuh kita mendapat kolagen yang mencukupi.
Tetapi bagaimana kolagen dapat membantu kita melalui fasa transformasi usia tersebut?

Di sinilah kolagen berperanan dengan melambatkan proses penuaan tersebut.

Menjadi tua dan proses penuaan adalah 2 perkara yg berbeza.

Kita semua akan tetap bertambah usia dan menjadi tua.

Namun bagaimana untuk kelihatan segar,sihat dan lebih muda daripada usia kita? Disitulah perkaitannya dengan proses penuaan.

Dengan kolagen, sel-sel dalam badan dirangsang untuk lebih aktif bagi mempercepatkan proses baik pulih sel-sel dalam tubuh.

Jadi tidak hairan, mengapa pengguna yg asalnya berkulit kusam,kering dan tidak bermaya merasai perubahan holistik pada kulit seluruh badan, kulitnya menjadi lebih halus dan lembut setelah mengambil kolagen.Malah mereka yg telah berusia juga dilihat 'lebih muda' dari usia sebenar mereka.

Proses begini adalah salah satu daripada kesan kolagen sebagai anti penuaan.

Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan iaitu meliputi semua haiwan bertulang belakang dan haiwan tidak bertulang belakang.Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein.
Ini bermakna rumpai laut bukan lah kolagen. Rumpai laut hanya mempunyai sebahagian kecil daripada komposisi protien. 
Kolagen ialah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan.Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. 
Secara semula jadi tubuh kita menghasilkan kolagen seperti yang  terdapat pada kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik. 
Namun begitu,setiap kali pertambahan usia,kita semua mengalami krisis kehilangan kolagen sedikit demi sedikit tanpa kita sedari.


Akibat Kehilangan Kolagen?

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian.
Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh  yang demikian pengambilan KOLAGEN TAMBAHAN sebagai makanan kesihatan adalah sangat disarankan untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis, selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
Bagaimana nak pilih kolagen? Yang Murah Atau Yang Mahal?

Untuk memilih kolagen terbaik.Kita boleh lupakan seketika soal harganya.Murah atau mahal bukan kerana jenama..Murah atau mahal satu-satu kolagen itu terletak pada kualitinya serta penghasilannya.



Kenapa saya  menyarankan kolagen shaklee?

kerana berat molekulnya bersaiz 1000 dalton.

1 fakta yang kita semua perlu prihatin ialah mengenai saiz molekul Kolagen yang terbaik dan paling cepat diserap dan dicerna oleh tubuh badan kita adalah yang bersaiz 1000 dalton dan kebawah. Salah satu kolagen yang memiliki ciri ini adalah kolagen shaklee yang di ekstrak daripada sisik ikan merah lautan dalam!!

Kenapa Ikan Merah Lautan dalam ini yang menjadi pilihan?

Kerana daripada penyelidikan klinikal, Kolagen yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah ini bentuk struktur asalnya menyamai dengan struktur bentuk yang sama dengan kolagen manusia.

 Jangan terpedaya dengan promosi Kolagen dipasaran bersaiz 5000 dalton.. 8000 dalton..malah sehingga 400000 dalton!! kerana seperti yang di maklumkan diatas, saiz molekul yang terbaik dan paling cepat diserap dan dicerna oleh tubuh badan kita adalah yang bersaiz 1000 dalton dan kebawah.

 Anda kena tahu dari mana pula Ektrak Kolagen yang bersaiz sehingga 
400 000 dalton ni? 

Tak lain tak bukan adalah daripada haiwan seperti lembu, kambing dan khinzir
Haiwan2 sebegini memang mudah dicari malah mudah juga di dapati kerana diternak secara komersial. Maka tidak hairan mengapa ia Murah!

Berbeza dengan Ikan merah yang hanya hidup di lautan dalam. Jadi nak mendapatkan ikan merah ini pun sesuatu yang sukar apatah lagi kos untuk mendapatkannya sebab ikan merah ini bukan diternak sebagaimana lembu, Kambing dan khinzir..Maka tidak hairan mengapa ia mahal!

Ikan merah yang menjadi pilihan kolagen shaklee ini pula bebas daripada kesan2 plumbum mahu pun lain2 pencemaran.




KOLAGEN POWDER MEMBANTU

1.   Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
2.   Mengecilkan liang-liang roma
3.   Melembapkan kulit dan mengurangkan kekeringan kulit
4.   Mencerahkan dan menjadikan kulit bersih tanpa jeragat dan pigmentasi
5.   Mengembalikan keanjalan kulit
6.   Meningkatkan kekuatan sesendi dan memudahkan pergerakan otot-otot
7.   Meningkatkan fungsi organ-organ dalaman yang memerlukan Collagen
8.   Menyokong kalsium dalam tubuh dan mengurangkan kesan sakit belakang dan sendi
9.   Melembapkan rambut dan memelihara rambut dari bercabang
10. Menguatkan kuku dan menjadikan kuku sihat dan berwarna pink
11. Menegangkan kembali payudara dan punggung
12. Mengurangkan garis halus pada leher
14. Menguatkan gusi anda
15. Memelihara kornea mata anda daripada kering dan cepat letih
16. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata






No comments:

Post a Comment