Pengenalan
- Gout adalah sejenis penyakit akibat lebihan asid urik
di dalam badan.
- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis
protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air
kencing (urin).
- Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak
dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
- Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi
manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
- Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan
kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh
dikawal.
- Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan
usia antara 30 hingga 60 tahun.
- Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum
putus haid.
Tanda Gout
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan
tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali
semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran
dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau
sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau
bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku
lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk
benjolan di panggil ’tophi’
- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul
membentuk ’batu karang’.
- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau
masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
Siapa yang berisiko ?
- Lelaki
- Wanita menopos
- Obes / berat badan berlebihan
- Makanan berprotein tinggi yg diambil secara berlebihan
- Makan makanan dari organ dalaman haiwan seperti
hati,limpa dsd.
Rawatan
- Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi
anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
- Rawatan serangan akut
- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan
sakit dan keradangan sendi.
- Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti
sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan
sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga
boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah
dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui
preskripsi doktor)
- Steroid (Peringatan:
Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan. - Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika
rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
- Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang
berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh
menambahkan paras asid urik.
- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu
keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang
mengandungi purin yang tinggi
Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pemakanan
- Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
ELAKKAN MAKAN
KURANGKAN MAKAN
- Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
- Ikan bilis, kembung, sardin
- Daging cincang
- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan
daging
- Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
- Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
- Peanuts, lentil, beans and peas
- Poultry
- Roti jagung dan bijirin
Pencegahan
- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik
yang normal
- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap
penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
- Minum banyak air
Jadi, amat penting untuk
pesakit gout atau golongan yang berisiko untuk gout menjaga diet harian. Jika
anda mahukan altenatif selain ubat penahan sakit dari doktor anda, jawapannya
adalah supplement berikut
1. Alfalfa-
untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa
memerlukan pesakit mengambil air yang banyak utk melancarkan proses detoks ini.
2. Performance drink- memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya
mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai
bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid uric.
3. Fiber unflavored - menyerap ke semua lebihan gula , lemak
dan segala yang tidak diperlukan dari badan disingkirkan melalui perkumuhan.mengandungi vitamin, mineral dan fiber yang
berfungsi untuk menyerap lebihan gula dan lemak dari badan dan menyingkirkan
melalui proses perkumuhan.
4. Omega-
Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega
penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai
langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.
No comments:
Post a Comment